fbpx

Hujan lebat, angin kencang badai sembilan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, amaran itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang.

“Sementara itu, di Perak, hujan lebat tertumpu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Ribut petir turut dijangka melanda Pahang meliputi Kuantan dan Pekan serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat),” katanya hari ini.

Tambahnya, amaran sama turut dikeluarkan melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka (Melaka Tengah dan Jasin) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Sabah di Kudat juga tidak terkecuali dari hujan lebat dan angin kencang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI