fbpx

Gaji RM1,700, minta ‘nego’ Honda Civic RM63,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang pemuda dengan gaji bulanan RM1,700 mencuba nasib menawar harga sebuah Honda Civic daripada RM163,000 kepada RM63,000 dalam perbualan bersama seorang ejen hartanah.

Melalui sebuah perkongsian oleh seorang ejen hartanah, Syakir Zainol di Facebook, dia yang menerima mesej daripada pemuda itu yang bertanya sama ada harga Honda Civic itu boleh dirunding kepada RM100,000 atau lebih rendah dengan bayaran ansuran selama sembilan tahun.

Pemuda tersebut turut memaklumkan bahawa dia mempunyai wang simpanan RM6,000 sebagai wang pendahuluan. Namun, usahanya gagal apabila ejen tersebut menolak permintaan disebabkan harga yang diminta tidak masuk akal.

“Tak dapat dik. Dari RM163,000 terus junam jadi RM100,000,” balas Syakir dalam tangkap layar mesej tersebut.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja permintaanya ditolak oleh ejen hartanah itu, Syakir juga didakwa telah mengugut dengan mengatakan dia tidak akan mengesyorkan ejen itu kepada rakan-rakannya.

“Kalau semua pun spesies macam dia, tak ‘recommend’ pun tak apa, buat sakit kepala melayan,” tulis Syakir di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, dia juga menasihati pemuda itu agar lebih bijak dalam mengatur kewangan dan membuat perancangan yang lebih realistik untuk masa depannya.

“Saya cuma ada ‘modicum of respect’ terhadap dia sebab ada usaha simpan duit untuk dijadikan deposit sebanyak RM6,000,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang menyarankan agar dia mempertimbangkan kenderaan yang lebih sesuai dengan kemampuan.

“Patut downpayment (bayar muka) tu kena naikkan kepada RM60,000. Baru dapat beli dengan harga RM100,00,” komen Aizuddin Ibrahim.

“Bagitahu dia, kalau bayar deposit RM6,000 secara ansuran 9 tahun, jadi permulaan ni dia dapat ekzos dulu, bulan berikut side mirror (cermin sisi), kemudian stereng,” ujar E-yan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI