fbpx

EPL: Salah luar biasa buat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH kini menduduki tangga kelapan senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL dengan 164 gol. - LIVERPOOL FC

LIVERPOOL – Bintang Liverpool, Mohamed Salah makin mengukuhkan legasinya di Anfield selepas menyumbangkan satu gol untuk membantu kemenangan 2-1 ke atas Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam kelmarin.

Ia sekali gus melonjakkan Liverpool ke tangga teratas EPL dengan kelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat yang juga juara bertahan, Manchester City di tangga kedua.

Salah juga berpeluang untuk melengkapkan statusnya sebagai penjaring gol terhebat dalam era moden EPL dan kini sudah pun mendahului jumlah gol legenda kelab berkenaan, Robbie Fowler.

Secara keseluruhan, Salah sudah menjaringkan 164 gol EPL dan jelas kebangkitan itu menghadirkan kegembiraan buat pengurus pasukan, Arne Slot.

“Jaringan kedua Salah begitu istimewa dan ini bukan kali pertama atau terakhir dia akan menjaringkan gol dari posisi itu. Bukan hanya tentang keputusan ini kerana kami baharu saja menentang Arsenal sebelum ini.

“Kali ini kami berdepan lawan berkualiti yang sama dengan Arsenal. Ia melengkapkan hari yang menggembirakan saya, bukannya tentang keputusan di perlawanan lain,” kata Slot.

Terdahulu, Brighton berada di depan menerusi Ferdi Kadioglu, namun Cody Gakpo kembali menyamakan kedudukan sebelum Salah bertindak cemerlang dengan melakukan rembatan lencong bagi melengkapkan gol kedua The Reds.

Jaringan itu juga meletakkan bintang dari Mesir tersebut di tangga kelapan dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL dan kini hanya ketinggalan 11 gol untuk menyamai legenda Arsenal, Thierry Henry yang berada di tempat ketujuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN