fbpx

[VIDEO] Dua individu bersama penyanyi ‘sohor’ Kelantan ada rekod lampau kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tangkapan seorang artis terkenal bersama lima individu di Sungai Golok.

KOTA BHARU – Dua daripada enam individu yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok, Thailand pada Jumaat lalu memiliki rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, kesemua individu yang ditahan juga positif dadah.

“Dua lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah di Kelantan. Buat masa ini, mereka masih dalam tahanan pihak polis di Thailand.

“Kita hanya boleh menjalankan siasatan terhadap mereka sekiranya keenam-enam individu itu dibawa pulang ke sini,” katanya pada sidan akhbar selepas Sesi Perjumpaan dan Suai Kenal Ketua Polis Kelantan Bersama Rakan Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, jumlah dadah jenis pil kuda sebanyak 6,000 biji yang dipercayai ada bersama kesemua individu merupakan satu jumlah yang banyak.

“Secara logiknya, tidak mungkin mereka nak ‘makan’ sendiri kesemua dadah-dadah itu,” ujarnya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada Jumaay lalu.

Tiga lelaki dan tiga wanita termasuk penyanyi terbabit ditangkap polis Thailand kira-kira pukul 5 pagi dalam satu serbuan ketika mereka berehat di sebuah bilik hotel selepas berhibur di pusat hiburan yang terletak bawah hotel tersebut.

Mereka masuk ke negara jiran itu untuk berhibur sempena cuti perayaan Deepavali.

Menurut sumber, dua lagi suspek yang sebelum itu berada di dalam bilik itu sempat meloloskan diri.

“Pemeriksaan di dalam bilik itu kemudian menjumpai sebanyak 6,000 biji pil kuda.

“Siasatan mendapati, salah seorang suspek wanita merupakan seorang penyanyi terkenal dari Kelantan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber itu memberitahu, kesemua suspek yang ditahan tidak membuat sebarang pengakuan mengenai pemilikan dadah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI