fbpx

Amanah Johor mahu bertanding 20 kerusi DUN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly Ahmad.

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor telah memutuskan untuk bertanding sebanyak 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah kerusi tersebut muktamad sama ada Pakatan Harapan (PH) bertanding sendiri mahupun bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Amanah Johor telah mengenalpasti kerusi DUN yang menjadi sasaran pihaknya selain DUN Simpang Jeram yang dipegang, ketika ini.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara PH, BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya yang akan berlaku di Johor nanti.

“Keputusan ini juga diambil kerana Amanah Johor tidak bersetuju dengan kepimpinan BN negeri yang langsung tidak menunjukkan kemahuan membentuk kerajaan perpaduan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Dzulkefly, BN bawah kepimpinan Pengerusinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi masih kekal dengan pendirian tersebut walaupun selepas mereka memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, baru-baru ini.

“Kami tegaskan sekali lagi bahawa keputusan Amanah Johor ini adalah disebabkan tiada rundingan langsung berkenaan kerajaan Perpaduan daripada BN hingga hari ini,” jelasnya.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan sama ada BN akan bekerjasama atau tidak dengan PH dalam PRN Johor akan datang akan dimaklumkan kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI