fbpx

Wei Chong-Kai Wun mahu tembus 10 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG (kanan) dan Kai Wun menyasarkan sekurang-kurangnya suku akhir dalam tiga kejohanan bakal disertai selepas ini.

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun positif dengan peluang mereka untuk menembusi kelompok 10 teratas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelang akhir tahun ini.

Ketika ini, mereka menghuni kedudukan ke-14 dunia dan impian itu boleh dicapai sekiranya mencatat keputusan memberangsangkan pada Kumamoto Masters, China Masters dan Jelajah Dunia Akhir BWF.

Kai Wun berkata, sasaran itu tidak mustahil memandangkan perbezaan mata tidak terlalu jauh selain beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin yang berada di atas sudah mengumumkan persaraan.

“Kami sasarkan untuk berada dalam kedudukan 10 ke 12. Memang ada peluang kerana mata pun tidak beza terlalu jauh selain ada satu beregu (Lee Yang-Chi Lin) yang bersara, jadi kami akan naik (ranking).

“Buat masa ini, kami hanya sasarkan berada dalam kelompok 10 teratas. Bagaimanapun, jika mahu dapatkan undian lebih baik (di kejohanan) perlu ranking No. 8 ke atas tetapi itu mungkin tahun hadapan,” katanya.

Impian Wei Chong-Kai Wun mungkin dapat ditunaikan sekiranya mereka konsisten melayakkan diri sekurang-kurangnya ke suku akhir ataupun separuh akhir dalam tiga kejohanan yang bakal disertai selepas ini.

Dalam pada itu, Kai Wun juga berpuas hati dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan musim ini, terutamanya ketika melakar kejutan muncul naib juara Terbuka Indonesia pada Jun lalu.

“Kita ada buat perubahan sedikit dengan corak permainan pun sudah semakin bagus dan lebih konsisten berbanding dulu. Kami perlu kekal (mara) ke suku akhir, mungkin lagi baik jika ke separuh akhir atau akhir.

“Memang kita mahukan kejuaraan tetapi tidak boleh beri tekanan pada diri sendiri. Jika kami terlalu mahukannya, kadang-kadang tidak dapat dan kemudian permainan semakin merudum, itu kami tidak mahu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI