fbpx

Ucapan ulang tahun perkahwinan, drama pujuk rayu Farid bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Drama bermula. Menjelang prosiding permohonan perceraian kedua mereka, pelakon Farid Kamil pelakon tidak putus asa memujuk isterinya, Diana Danielle dengan ungkapan manis menerusi satu kad ucapan istimewa.

Lebih dramatik, ungkapan tersebut sempena sambutan hari ulang tahun pernikahan mereka yang ke-12 hari ini.

Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 43, berharap rumah tangganya bersama Diana berbahagia hingga ke syurga.

“Assalamualaikum. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah dan perjalanan.

“Selalu bahagia hingga kita bersatu kembali dalam rahmat-Nya di syurga nanti wahai isteriku.

“Selamat hari istimewa, hari ijab qabul kita,” tulisnya pada kad ucapan tersebut beserta tarikh hari ini dan tandatangan.

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu memuat naik gambar sedang menunaikan solat sunat selepas majlis pernikahan mereka pada tahun 2012.

Selain itu, Farid turut berserah kepada ketentuan Ilahi atas segala ujian yang menimpanya kali ini.

“KepadaMu kuberserah, kepadaMu ku berlindung. Hanya Engkau Maha Mengetahui,” ujarnya.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah mendakwa sega janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak pernah tertunai.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, dalam satu temu ramah baru-baru menyifatkan kemelut rumah tangga dengan Diana hanya perselisihan faham yang sangat kecil.

Dalam masa sama, Farid menerima dengan baik keputusan Diana untuk memfailkan perceraian malah bersedia memberikan komitmen terhadap proses yang bakal didepani kelak.

Difahamkan, Farid berada di lokasi penggambaran tatkala Diana meluahkan hasrat tersebut menerusi satu hantaran dalam media sosial.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI