fbpx

Terima kasih PMX atas pendirian yang tegas ini – Dr. Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal.

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia ekoran kenyataan Anwar beliau tidak akan berkompromi sekiranya terbukti wujud salah laku dalam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas)

“Untung rugi syarikat perkara biasa, tetapi jika dana itu datangnya dari dana awam, maka satu siasatan yang telus perlu dilakukan dan dibentangkan kepada awam juga supaya ia dapat menjadi pengajaran pada masa akan datang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali menghalang siasatan yang dijalankan terhadap Khazanah Khazanah dan Nafas.

Anwar dipetik berkata, beliau tidak akan berkompromi sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku dalam Khazanah meskipun syarikat itu dipengerusikan oleh beliau.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet)

Difahamkan, siasatan itu dijalankan susulan jumlah kerugian yang direkodkan oleh kedua-dua agensi berkaitan kerajaan berkenaan itu terlalu besar dan membabitkan kepentingan awam.

Dalam pada itu, Dr. Muhamad Akmal mencadangkan supaya suruhanjaya siasatan diraja dapat ditubuhkan untuk menyiasat dua perkara yang menjadi polemik negara tersebut.

“Sama ada FashionValet atau Nafas, jika ada salah laku wujud maka jangan biarkan waima seorang pun terlepas daripada kartel-kartel yang menelan duit rakyat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI