fbpx

‘Telenovela’ Cik Epal, Jofliam masih memanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASANGAN pempengaruh sensasi iaitu Cik Epal dan Jofliam yang bercerai awal Oktober lalu mendapat pelbagai reaksi peminat.
Kisah perpisahan mereka turut dilihat seperti ‘telenovela’ yang tidak henti-henti singgah di gelanggang media sosial.

Meskipun bergelar selebriti media sosial, mereka tidak seharusnya menggunakan platform digital itu untuk saling membuka aib masing-masing.
Sebagai pengguna media sosial juga, Diva rasa ada betulnya kata netizen yang menasihati agar masing-masing menghormati tempoh idah.

Bukan pasangan itu saja, tetapi mereka yang terdiri daripada golongan terdekat juga mungkin tidak perlu campur tangan dalam perceraian mereka.
Sekiranya ada masalah, gunalah saluran yang betul untuk menyelesaikan perkara itu.

Lagipun industri hiburan masa kini sudah ‘padat’ dengan kisah dan pengakuan artis yang sudah bercerai.

Sebaiknya jadikan tempoh idah ini untuk mencari solusi sama ada rumah tangga yang dibina masih mempunyai peluang untuk diselamatkan atau tidak.

Jika perpisahan juga adalah jalan terbaik, terpulang kepada masing-masing dalam menilai semula kehidupan dan masa depan demi kebaikan anak-anak.

Apa-apa pun Diva mendoakan yang terbaik buat pasangan yang kini berdepan dengan fasa perceraian. Begitu juga mereka yang sudah memilih untuk membawa haluan masing-masing.

DIVA: Kelakar betul tengok Zul Ariffin jadi bomoh dalam filem Don Dukun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI