fbpx

Separuh peruntukan e-sukan diguna bina stadium e-sukan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar bersama karektor watak mobile legends sempena menghadiri acara Peringkat Akhir Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPLMY) di Kompleks Sukan EduCity, hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Separuh daripada peruntukan RM20 juta bagi e-sukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2025 akan diguna untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaan stadium tersebut merupakan usaha kerajaan bagi menggalakkan industri e-sukan terus berkembang.

“Daripada jumlah itu, RM10 juta akan digunakan untuk bina stadium khusus untuk e-sukan, manakala bakinya untuk latihan dan aktiviti lain berkenaan e-sukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara Peringkat Akhir Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPLMY) di Kompleks Sukan EduCity, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut memberitahu, industri e-sukan tidak boleh dilihat sebagai sukan ‘indoor’ semata-mata, sebaliknya boleh dijadikan sebagai punca pendapatan pada masa depan.

“Saya turut berharap Johor akan mengikuti langkah kerajaan negeri Sarawak menubuhkan pengajian TVET khusus buat bidang e-sukan menerusi Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS),” ujarnya.

Pada pertandingan akhir itu, seramai lebih 2,000 peminat e-sukan hadir bagi menyaksikan perlawanan MPLMY antara Selangor Red Giants (SRG) dan Vamos (VMS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI