fbpx

Sambungan lagu Bae Soba Bae tangguh rakaman – Eddie Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EDDIE memaklumkan bahawa rakaman bagi sambungan lagu Bae Soba Bae yang sepatutunya dilakukan esok terpaksa ditangguhkan.

PETALING JAYA – Ditahan atas dakwaan terbabit kes dadah, komposer dan penerbit Eddie Hamid terpaksa menangguhkan rakaman lagu baharu penyanyi yang popular dengan lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin yang sepatutnya dijalankan di Kota Bharu, Kelantan esok.

Katanya, berita penangkapan dipercayai artis dikir barat popular itu diketahui menerusi perkongsian ahli dalam Whatsapp grup pemuzik Kelantan sehari selepas kejadian pada Jumaat lalu memaksanya merombak tarikh rakaman.

“Saya memang balik Kelantan untuk menyempurnakan pembikinan dua lagu baharu Eda iaitu kesinambungan Bae Soba Bae berjudul Tokleh Nak Soba serta satu lagu raya Bae Soba Bae Raya.

“Kali terakhir kami berhubung pada 25 Oktober lalu dan sepatutnya kami berjumpa sebelum kerja rakaman bermula kerana saya mahu tunjukkan lirik, tapi muncul pula berita (penahanan) itu.

“Setakat ini saya cuma tunggu perkembangan selanjutnya dan biar apa pun saya tetap menunggu Eda kerana lagu ini memang untuknya, sekali gus saya berharap keadaannya baik-baik sahaja,” katanya kepada Kosmo Online.

Komposer berpengalaman itu mengakui terkejut sebaik dimaklumkan berita penangkapan penyanyi terbabit kerana sepanjang mengenali, Eda seorang berpesonaliti baik, lemah lembut, menghormati orang selain tiada tanda terbabit kegiatan sebegitu.

Eddie atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Adenan, 62, berkata, dia masih menaruh harapan agar penyanyi berkenaan ‘bersih’ daripada sebarang kegiatan yang bertentangan undang- undang.

“Saya tak boleh cakap lebih-lebih tetapi sejak Bae Soba Bea tular Eda saya difahamkan selalu jadi sasaran orang yang cemburukan populariti diraihnya.

“Harapan saya agar semua urusannya dapat dilancarkan dan sebagai rakan saya cuma mampu berdoa jika dia berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah, kebebaran dapat ditegakkan.

“Kita tunggu sahaja, lagi pun kes ini masih dalam siasatan, manakala insiden berlaku di negara jiran. Dia tidak bersalah selagi tidak dibuktikan dan dijatuhkan hukuman. Kita jangan tambah berita tidak benar,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan mengenai enam individu termasuk seorang penyanyi wanita popular di Kelantan antara yang ditahan di Sungai Golok, Thailand bersama 6,000 pil kuda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI