fbpx

Pesara bomba meninggal dunia seorang diri dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi Azman (gambar kecil) ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Orkid, Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI – Seorang pesara bomba ditemui meninggal dunia seorang diri di ruang tamu rumahnya di Taman Orkid, di sini semalam selepas dua hari tidak kelihatan keluar dari rumah itu.

Mayat mangsa, Azman Muhamad, 61, dijumpai oleh jirannya, Mohd. Sobri Abd.Razak, 59, kira-kira pukul 8.15 malam selepas menjenguk ke dalam rumah tersebut menerusi tingkap rumah yang tidak berkunci.

Mohd. Sobri berkata, seorang jiran di kawasan rumah sebelum ini memaklumkan bahawa warga emas itu sudah dua hari tidak kelihatan keluar dari rumahnya.

Menurutnya, mengambil tanggungjawab sebagai jiran, dia pergi ke rumah Azman untuk bertanya khabar sebelum terhidu bau busuk semasa tiba di pekarangan kediaman warga emas itu.

“Saya terus menjenguk melalui tingkap dan melihat mangsa berada dalam keadaan tertiarap di ruang tamu. Saya terus menghubungi polis, rakan-rakan dan ahli keluarganya.

“Arwah sebelum ini ada mengadu tidak sihat. Difahamkan, dia menghidap penyakit saraf,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Sobri memberitahu, arwah Azman masih bujang dan dia juga tinggal seorang diri di rumah itu.

Menurutnya, rakan-rakan dan jiran sentiasa beringat untuk bertanya khabar kepadanya kerana dia pernah mengadu tidak sihat sebelum ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini oleh pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa kali terakhir bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai di sini dan baru setahun bersara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI