fbpx

Perut boroi boleh ganggu fungsi organ – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai yang menganggap perut boroi atau buncit sebagai comel tetapi ia sebenarnya sangat berbahaya dan mengundang pelbagai risiko penyakit kronik.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), lemak visceral sangat bahaya kerana ia tersimpan di sekitar organ dalaman seperti hati, pankreas dan usus.

“Lemak visceral ini berbahaya kerana ia membungkus organ-organ penting dalam badan kita sehingga menyebabkan fungsi organ tersebut terganggu.

“Ia juga membebaskan bahan kimia yang menyebabkan keradangan tubuh.

“Antara risiko kesihatan disebabkan oleh lemak visceral ialah serangan jantung, kanser, penyakit metabolik, tekanan darah tinggi dan kolesterol,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelas PHM, punca terjadinya pengumpulan lemak visceral adalah disebabkan oleh gaya hidup tidak aktif, diet tinggi gula dan lemak tepu serta tekanan.

Sehubungan itu, sekiranya anda perasan perubahan pada perut jangan sekadar menganggapnya sebagai boroi yang biasa.

“Mungkin ia tanda bahawa badan anda sedang memberi amaran tentang kesihatan dalaman.

“Jaga pemakanan, tingkatkan senaman dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI