fbpx

Penyeludup lari tinggalkan pil kuda RM3.24 juta tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak-kotak berisi 216,000 biji pil kuda bernilai RM3.24 juta yang ditinggalkan di tepi sungai di Kampung Laut, Tumpat semalam. -Foto PGA

TUMPAT – Dua penyeludup cabut lari meninggalkan beberapa kotak berisi 216,000 biji pil kuda bernilai RM3.24 juta di tepi sungai selepas kegiatan mereka dikesan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Laut di sini semalam.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 10 malam semasa anggota PGA menjalankan pemantauan menerusi Op Taring Sky.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota bertugas melihat kelibat dua orang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di tepi sungai.

Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri selepas terkejut dengan kehadiran anggota penguat kuasa.

“Pemeriksaan di kawasan tepi sungai itu menjumpai beberapa kotak yang mengandungi sebanyak 216,000 pil kuda.

“Kesemua dadah yang bernilai RM3.24 juta itu dipercayai diseludup dari Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua barangan rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI