fbpx

Pemindahan kubur Selat Klang tangguh 14 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPAN tanda kerja pemindahan kubur itu di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Pelabuhan Klang, Selangor.

KLANG – Kerja penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, yang dijadualkan esok ditangguhkan pada 14 November depan.

Seorang waris, Zafirah Zakaria, 34, berkata pihak berwajib menangguhkan kerja penggalian itu dipercayai susulan terdapat beberapa laporan polis dibuat sejak kelmarin.

Dakwa beliau, pelaksanaan kerja penggalian berkenaan hanya dimaklumkan oleh penggali kubur kariah kampung tersebut.

“Kami tidak menerima apa-apa maklumat atau notis daripada pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) mengenai kerja penggalian kubur esok.

“Laporan polis dibuat bagi membantah dan menghentikan kerja serta-merta kerana kami tidak dimaklumkan lebih awal,” katanya ketika pemberita hari ini.

Tambah Zafirah, rata-rata waris masih tidak bersetuju tanah perkuburan itu dipindahkan bagi memberi laluan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Justeru, JAIS digesa memanggil semua waris terlibat termasuk mengadakan satu mesyuarat khas sebelum pelaksanaan bagi kerja penggalian itu.

“Kami mahu menyaksikan sendiri kerja pemindahan dan pengalihan ini dilakukan dengan sempurna,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI