fbpx

Pelawaan permohonan tapak Bazar Ramadan dibatalkan – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pelawaan bagi permohonan tapak Bazar Ramadan melibatkan kawasan awam di seluruh kawasan Parlimen Kuala Lumpur yang melibatkan seliaan penganjur bermula 23 Oktober lalu dibatalkan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, turut dibatalkan iklan pelawaan bagi permohonan tapak Bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL bagi tempoh sama.

“Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri, Jalan 3/27A, Wangsa Maju Seksyen 1, UTC Sentul, Jalan Telawi 1 hingga Jalan Telawi 4, Bangsar.

“Satu pelawaan baru akan disiarkan semula dengan melibatkan semua lokasi Bazar Ramadan,” kata DBKL dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut DBKL, pelawaan bagi permohonan Tapak Bazar Aidilfitri di bawah kendalian DBKL di Lorong Tuanku Abdul Rahman namun adalah sah dan tarikh tutup permohonan kekal pada 6 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI