fbpx

Pelajar universiti Iran protes tanggal pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pelajar wanita menganggalkan pakaiannya dan duduk di luar Universiti Islam Azad, Tehran. - Foto Media Sosial

TEHRAN – Pihak berkuasa Iran menahan seorang pelajar wanita di Universiti Islam Azad, Tehran semalam, selepas dia mengadakan protes solo dengan menanggalkan pakaiannya di luar kampus itu, kata beberapa laporan.

Wanita yang identitinya masih belum dikenal pasti itu didakwa telah diganggu oleh anggota-anggota pasukan separa tentera Basij yang mengoyakkan tudung dan pakaiannya, demikian menurut laporan beberapa media dan saluran media sosial di luar Iran.

Dalam satu rakaman video, dia kemudian menanggalkan pakaiannya sebagai tanda protes dan duduk di luar universiti itu dengan hanya memakai baju dan seluar dalam.

Dia kemudian berjalan sehingga mengejutkan orang ramai.

Berdasarkan kod pakaian yang diwajibkan di Iran, wanita mesti memakai tudung dan pakaian longgar di khalayak ramai.

Rakaman video itu dipercayai dirakam oleh seseorang yang berada yang bangunan berdekatan universiti tersebut. 

Satu lagi rakaman video menunjukkan dia menaiki sebuah kereta bersama beberapa lelaki berpakaian biasa sebelum ia dipandu ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI