fbpx

MotoGP: Tiga trek calon ganti Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LITAR Barcelona di Catalunya menjadi salah satu calon untuk menggantikan aksi penutup musim GP Valencia nanti. - AFP

SEPANG – Qatar, Barcelona dan Portugal menjadi antara calon untuk mengambil alih lokasi perlumbaan penutup tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024 setelah Grand Prix (GP) Valencia dibatalkan akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan tersebut.

Perlumbaan GP Valencia sepatutnya berlangsung dari 15 hingga 17 November, tetapi Dorna, sebagai pemegang hak penganjuran perlumbaan telah memutuskan tidak meneruskan perlumbaan di wilayah tersebut.

Keputusan ini diambil selepas banjir yang melanda telah menyebabkan kerosakan besar dan turut meragut sekurang-kurangnya 205 nyawa selain Litar Ricardo Tormo juga turut terjejas ekoran bencana berkenaan.

Setakat ini, Dorna masih belum memutuskan lokasi baharu bagi perlumbaan akhir musim dan keputusan itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Kami telah berhubung secara berterusan dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak litar untuk menilai cara terbaik bagi membantu serta menentukan langkah yang perlu diambil.

“Setelah menimbang dengan teliti kesan positif yang berpotensi daripada perlumbaan MotoGP di Valencia, kami telah memutuskan untuk membatalkan perlumbaan di Valencia. Lokasi dan tarikh baharu akan diumumkan secepat mungkin,” kata Dorna dalam satu kenyataan.

Walaupun terdapat desas-desus yang mengaitkan Malaysia sebagai pengganti tempat di Valencia, sumber dalaman menyatakan bahawa perkara tersebut tidak berada dalam perbincangan Dorna. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI