fbpx

Mohd. Na’im adakan perjumpaan dengan Majelis Ulama Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (duduk empat dari kiri) mengadakan pertemuan dengan Majelis Ulama Indonesia dan Nahdlatul Ulama Indonesia di Jakarta, Indonesia

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar bertemu dengan Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan juga Nahdlatul Ulama Indonesia (NUI) di Jakarta.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, pertemuan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia demi kemajuan syiar Islam di nusantara.

“Saya turut berkongsi latar belakang pentadbiran Islam di Malaysia khususnya di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan juga pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri.

“Semoga pertemuan ini membawa keberkatan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wataala,” katanya dalam hantaran berkenaan hari ini.

Mohd. Na’im berada di Jakarta bagi mewakili kerajaan Malaysia dalam World Zakat & Waqf Forum (WZWF 2024) yang berlangsung bermula semalam hingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI