fbpx

Maut cas telefon dalam bas: Gurauan Mawie jadi kenyataan – Nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salmiah menunjukkan gambar cucunya, Mawie ketika ditemui di kediamannya, petang tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – “Arwah sempat bergurau mahu berjalan jauh, namun saya tidak sangka gurauannya itu benar-benar berlaku,” kata Salmiah Humzah, 82.

Salmiah merupakan nenek kepada Allahyarham Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, atau lebih mesra disapa sebagai Mawie yang maut akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit dalam sebuah bas ekspres di terminal Penang Sentral, kelmarin.

“Kali terakhir kami bertemu sebelum arwah keluar dari rumah. Walau bagaimanapun, kira-kira pukul 9 malam, kami menerima panggilan daripada sepupunya yang memaklumkan dia telah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Mesra, Bagan Lalang di sini, hari ini.

Tambahnya, cucunya yang juga anak sulung daripada empat beradik itu baharu tiga bulan bekerja di sebuah restoran makanan segera berhampiran kediaman mereka malah dikenali sebagai individu yang mudah mesra dan disenangi jiran tetangga.

“Biarpun amat sedih, tapi kami reda. Kami berharap syarikat bas ekspres terbabit lebih berhati-hati dalam aspek penyelenggaraan supaya tragedi seumpama ini tidak berulang.

“Kami tidak mahu memperbesarkan isu ini tapi ia boleh dijadikan iktibar oleh semua pihak,” katanya jenazah Mohamad Nur Asymawi sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu Butterworth lepas Asar, semalam.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan telah mewujudkan pasukan petugas khas (special task force) selain menggantung operasi bas terbabit serta-merta untuk siasatan lanjut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan pasukan petugas khas itu terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

Dalam kejadian Jumaat lepas, mangsa maut dengan kesan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI