fbpx

‘Lelaki mudah berkawan, bunyi ekzos EX5 pun jadi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Dua orang lelaki teruja melihat sebuah kereta Honda Civic Type R dan sempat tangkap gambar ketika kesesakan lalu lintas di jalan menurun dari Cameron Highlands ke Tapah.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok oleh Zuuk, dia sedang berhenti akibat jalan yang sesak. Secara tiba-tiba, seorang lelaki dari kereta hadapan mengeluarkan kepala dari tingkap pemandu dan meminta izin untuk mengambil gambar kereta tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang lagi lelaki keluar dari tempat duduk pemandu untuk mengambil gambar dan meminta pemilik kereta agar menekan minyak bagi mendengar bunyi enjin.

Melihat permintaan tersebut, pemilik kereta dengan senang hati menekan pedal minyak beberapa kali untuk menghasilkan bunyi enjin yang digemari oleh ramai peminat kereta.

Momen tersebut menjadi lebih menarik apabila tangan dari tempat duduk belakang juga turut keluar memegang telefon untuk merakam detik itu.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial terhibur dengan gelagat kedua-dua lelaki tersebut yang amat teruja kerana dapat melihat dan mendengar bunyi kereta idaman mereka.

“Aku sampai pergi dekat profil TikTok dia semata-mata nak tengok kereta dia,” ujar Keylaa Hamran.

“Lelaki mudah nak berkawan. Bunyi ekzos Honda EX5 pun dah boleh berkawan,” komen Wan.

“Comel je masing-masing,” tulis Kaito. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI