fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas ketika mencari kupang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Kegembiraan sekumpulan individu beriadah sambil mencari kupang di muara Sungai Balok di sini bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mencari kepah.

Difahamkan mangsa Leong Wai Seng,57, berjalan mencari kepah di kawasan muara sungai ketika air surut sebelum mangsa disedari hilang ketika air pasang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa bersama seorang rakannya dan tiga kanak-kanak beriadah di kawasan tepi muara.

“Mangsa dipercayai turun ke muara sungai untuk mencari kupang dan rakan mangsa yang merupakan warga Indonesia mandi di kawasan tempat kejadian manakala tiga anak rakan mangsa bermain pasir di pesisir pantai.

“Pada pukul 6.20 petang rakan mangsa memanggil mangsa beberapa kali untuk naik ke darat dan rakan mangsa yang sedang berenang di muara cuba mencari mangsa tetapi tidak berjumpa,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada pukul 6.30 petang rakan mangsa telah meminta bantuan penduduk setempat mencari mangsa dan dinasihati oleh penduduk untuk membuat laporan polis di Balai Polis Beserah.

Katanya operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan bermula pukul 8 pagi ini dengan bantuan agensi-agensi penyelamat daerah Kuantan.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba melakukan operasi mencari mangsa sejauh kira-kira 1.5 kilometer semalam sebelum operasi ditangguhkan pada pukul 10.06 malam berikutan cuaca gelap dan air pasang besar.

Katanya, operasi disambung semula pada pukul 8 pagi hari ini dan setakat ini mangsa belum ditemukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI