fbpx

[VIDEO] Aliran trafik arah ibu negara sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari kamera trafik LLM, petang ini.

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mengalami kesesakan ketara pada petang ini dengan aliran kenderaan yang bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Menurut paparan kamera trafik oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di KM19.8 Gombak, kesesakan berlaku di laluan masuk dan keluar dari Plaza Tol Gombak pada pukul 4:25 petang.

Kedua-dua arah lebuh raya dipenuhi kenderaan menunjukkan peningkatan jumlah trafik susulan orang ramai pulang ke ibu kota selepas cuti Deepavali dan hujung minggu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Lebuh Raya Utara Selatan juga menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan sehingga menyebabkan aliran trafik perlahan di KM238.75 Pedas Linggi.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya bersabar dan mematuhi arahan lalu lintas untuk memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI