fbpx

Khairul Aming dedah banyak terima mesej mahu jadi teman hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Aming.

PETALING JAYA – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming ingin mencari pasangan hidup yang bersedia berdepan dengan perhatian serta kritikan daripada masyarakat terutama di media sosial.

Menerusi sebuah siaran langsung di TikTok baru-baru ini, dia berkongsi cabaran hidup sebagai seorang tokoh media sosial.

Menurut Khairul Aming, sejak kebelakangan ini, dia menerima banyak mesej dari pengikut di Instagram yang menyatakan minat untuk mengenalinya dengan lebih dekat, malah ada yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya.

“Bila aku buka profil akaun tu, mereka semua akaun peribadi. Jadi soalan aku adalah, ‘Adakah anda bersedia untuk didedahkan kepada umum?’ kalau korang kahwin dengan aku,” katanya.

Dia menegaskan bahawa keputusan untuk bersama seseorang yang dikenali ramai memerlukan persiapan untuk berdepan dengan kritikan yang sering kali tidak dijangka.

“Sebab media sosial semua akan judge kita. Aku buat live ni pun orang judge. Kenapa muka penat? Kenapa pipi makin besar? Kenapa muka hangus?” tambahnya, merujuk kepada pelbagai komen yang pernah diterima.

Selain itu, beliau juga mengakui bahawa kekurangan privasi menjadi cabaran besar dalam kehidupannya.

“Aku rasa tak semua orang bersedia nak jawab soalan tu. Pertama sekali, sebab dunia ni memang kasar, sebab tu orang nilai kita dari kiri, kanan, atas, bawah.

“Kedua, tak ada privasi. Nak pergi makan atau bercuti sekalipun, tak ada privasi,” kata Khairul Aming. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI