fbpx

Isu kartel Nafas: Mohamad Sabu alu-alukan siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Menurut beliau, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM untuk melengkapkan siasatan.

“Bang Mat mengalu-alukan siasatan oleh SPRM yang kini dijalankan ke atas Nafas dan memberi jaminan KPKM akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak SPRM,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan, siasatan terhadap Nafas berhubung dakwaan penglibatan kartel dalam pengedaran dan pembekalan kontrak baja padi perlu diserahkan kepada SPRM.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dipetik berkata, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana agensi kerajaan.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Amir Matamin pada 1 November lalu memaklumkan, Perlembagaan Nafas digantung bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.

Katanya, selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi Nafas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI