fbpx

Insiden renjatan elektrik: Pasukan petugas khas ditubuh, gantung serta-merta operasi bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas (Special Taskforce) dan menggantung serta-merta operasi bas ekoran insiden renjatan elektrik meragut nyawa seorang penumpang di Pulau Pinang kelmarin.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pasukan petugas khas berkenaan terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Katanya, beliau telah mengarahkan APAD untuk menggantung operasi bas terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak JPJ.

“Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden renjatan elektrik yang meragut nyawa seorang remaja ketika beliau sedang mengecas telefon dalam bas ekspres yang dinaikinya.

“Satu pasukan petugas khas (Special Taskforce) yang terdiri daripada JPJ, APAD dan Miros juga akan diaktifkan untuk menyiasat punca insiden tersebut untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang dan keselamatan penumpang sentiasa terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Semalam Kosmo! melaporkan, seorang remaja lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas pada soket dalam bas ekspres di terminal Penang Sentral, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 7.40 petang.

Katanya, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi,18, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI