fbpx

Hujan lebat, angin kencang badai 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga 3 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Terengganu di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Pahang (Jerantut dan Kuantan) dan Johor (Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru) ,” katanya.

Tambahnya, cuaca buruk ini turut menjejaskan Sarawak di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Sabah di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) juga tidak terkecuali,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, cuaca cerah dan baik diramal berlaku di sekitar Lembah Klang petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI