fbpx

‘Gulung-gulung dapat RM15,000 sebulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN MARHUMA menunjukkan ‘Roti Jala Jelita’ dihasilkannya di rumahnya di Jerteh, Besut semalam.

BESUT – Inovasi seorang suri rumah menyusun roti jala secara kreatif dengan hiasan bunga kek membuahkan hasil apabila dia menerima tempahan tidak putus-putus mencecah RM15,000 sebulan.

Wan Marhuma Wan Hamad, 32, berkata, pada mulanya dia menjual roti jala biasa berkuah kari sebagai pendapatan tambahan keluarganya sejak lapan tahun lalu.

“Kira-kira tiga tahun lalu, saya tertarik apabila melihat gubahan roti jala yang dijadikan hantaran perkahwinan.

“Saya kemudiannya belajar menghasilkannya dengan memasuki kelas dalam talian,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.

Wan Marhuma berkata, dia menjenamakan gubahan roti jala dihasilkannya dengan nama ‘Roti Jala Jelita’.

Tambahnya, gubahan roti jala itu menggunakan adunan sama, tetapi memerlukan sedikit kreativiti menyusun dan membentuknya.

“Gubahan ‘Roti Jala Jelita’ itu berwarna-warni menjadikan ia menarik dan cantik dipandang.

“Ia mendapat sambutan menggalakkan terutama bagi tempahan majlis perkahwinan, pertunangan dan sambutan ulang tahun kelahiran,” ujarnya.

Katanya, tempahan diterima biasanya meningkat berkali ganda pada musim cuti persekolahan dan perayaan.

“Sebekas ‘Roti Jala Jelita’ dijual pada harga antara RM3 hingga RM100 mengikut gubahan dan kuantiti roti jala yang digunakan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI