fbpx

GISBH: Belum masa difatwa sesat di Terengganu, ramai pengikut lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Terengganu masih belum berhasrat untuk mengikuti jejak enam negeri lain bagi memfatwakan ajaran dan fahaman pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) sebagai sesat ekoran tiada keperluan mendesak berbuat demikian buat masa ini.

Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun berkata, berbanding negeri-negeri lain, isu GISBH agak terpencil disebabkan pengikutnya yang bermastautin di Terengganu tidak ramai.

“GISBH tidak begitu ketara di Terengganu, jadi tidak begitu serius untuk difatwakan secepat mungkin.

“Lagipun pihak berkuasa ada membuat pemantauan dengan ramai pengikutnya (GISBH) didapati sudah lari ke negeri-negeri lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah enam negeri lain iaitu Perlis, Selangor, Pahang, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang yang sudah mengisytiharkan ajaran dan amalan GISBH sebagai sesat dan bercanggah dengan Islam baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Sabri memberi jaminan isu GISBH tetap akan dibawa dan dibincangkan ke pada masa terdekat.

Jelas beliau, isu tersebut akan dibawa ke Majlis Fatwa Terengganu setelah menerima resolusi daripada Majlis Raja-Raja Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI