fbpx

EPL: Postecoglou bimbang helah Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN memberikan berita gembira buat Spurs apabila dilaporkan mampu diturunkan selepas berehat akibat kecederaan sebelum ini. - AFP

LONDON – Tottenham Hotspur dijangka berdepan cabaran sukar menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa yang akan berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur malam ini.

Pengurus Spurs, Ange Postecoglou memandang tinggi kemampuan dimiliki pengendali Villa, Unai Emery yang dianggap sebagai antara jurulatih paling berkaliber dalam saingan Liga Perdana atas kemampuan mengubah nasib pasukannya.

Justeru, beliau berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan Villa pada perlawanan itu nanti, lebih-lebih lagi Emery sangat terkenal dengan kemampuan untuk mengubah corak permainan ketika perlawanan berlangsung.

“Villa memiliki seorang pengurus yang hebat dan beliau (Emery) memang sudah memiliki rekod cukup baik sebelum datang ke Liga Perdana. Beliau berjaya mengejutkan ramai orang selepas menyertai Villa.

“Bagi saya, beliau sudah menjadi semakin kuat dan pertemuan dengan Villa akan menjadi ujian sukar untuk kami. Setiap kali kami bertemu, kedua-dua pasukan akan menyajikan aksi cukup menarik,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa kapten pasukan, Son Heung-min mungkin boleh diturunkan pada perlawanan malam ini sekiranya pasukan perubatan memberikan ‘lampu hijau’ untuk dia beraksi.

“Sonny (Heung-min) memang sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukan. Sekiranya tidak ada sebarang masalah, dia mungkin boleh diturunkan dan ia akan jadi kelebihan untuk kami,” ujar Postecoglou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI