fbpx

EPL: Nistelrooy tuntut semangat sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mahu mengekalkan rentak kemenangan berdepan Chelsea selepas mereka mempamerkan aksi positif bertemu Leicester sebelum ini. - AFP

MANCHESTER – Pengendali sementara Manchester United, Ruud Van Nistelrooy mahu para pemainnya turun dengan mentaliti yang sama seperti ditunjukkan ketika mereka membenam Leicester City 5-2 menjelang aksi menentang Chelsea di Old Trafford tengah malam ini.

Menurutnya, arahan untuk bermain dengan taktikal menyerang dan mencari sebanyak mungkin jaringan ketika aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris tersebut yang menggembirakan peminat dan berharap ia dapat diulangi untuk aksi getir kali ini biarpun sukar.

“Ia adalah satu penghormatan untuk saya diberikan peluang mengendalikan pasukan ini terutama melibatkan aksi yang berlangsung di Old Trafford dan kemenangan berdepan Leicester akan terus kekal dalam memori saya.

“Apa yang penting adalah persembahan pasukan. Pemain berjaya mempamerkan aksi yang sepatutnya ketika menentang Leicester ketika kami berdepan situasi sukar. Mereka memberikan segala-galanya untuk lencana pada jersi yang mereka sarung,” katanya.

Ketika ini, United sudah mengesahkan bahawa mereka telah melantik Ruben Amorim sebagai pengendali baharu berkuatkuasa 11 November ini sekali gus bermakna Nistelrooy akan bertanggungjawab untuk dua lagi aksi selepas menentang Chelsea itu aksi Liga Europa menentang Salonica dan aksi EPL menentang Leicester.

Justeru, Nistelrooy berharap para pemainnya dapat memberikan impak luar biasa sepanjang tugasnya sebagai pengendali pasukan itu sebelum kehadiran Amorim dan percaya ia mampu dilakukan dengan sokongan padu para peminat.

“Jika para pemain fokus dan menunjukkan tenaga, sikap dan kemampuan seperti yang lakukan pada perlawanan lalu serta mendapat sokongan padu peminat, kami sebenarnya lebih daripada mampu untuk memberikan aksi yang positif dan meraih kemenangan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI