PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Perak di kawasan Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.
“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Sarawak di kawasan Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) ,” katanya.
Tambahnya, cuaca buruk ini turut menjejaskan Sabah di kawasan Sandakan (Sandakan).
Sementara itu, cuaca cerah dan baik diramal meliputi kawasan Lembah Klang pagi ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE