fbpx

Buli UPNM: 16 individu dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi Isa.

KUALA LUMPUR – Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes buli dan mencederakan seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, seramai 16 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Sehingga hari ini seramai 16 orang telah dirakam keterangan. Laporan perubatan pula masih belum diterima kerana belum lengkap,” katanya ringkas hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis telah merakam keterangan suspek iaitu penuntut senior yang didakwa membuli dan mendera seorang pegawai kadet UPNM pada 22 Oktober lalu.

Tindakan itu dijalankan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Selain itu, pihak polis juga merakam keterangan rakan sebilik mangsa untuk tindakan selanjutnya.

22 Oktober lalu,seorang seorang pegawai kadet UPNM ditekap seterika pada bahagian dada selepas diminta menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan berkaitan kejadian berkenaan dibuat mangsa berusia 20 tahun.

Rakaman percakapan mangsa telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan beliau juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Sebelum ini, Angkatan Tentera (ATM) menjalankan siasatan berkait kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM Sungai Besi yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang penuntut senior.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI