KUALA LUMPUR – Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berdepan satu lagi cabaran apabila bapanya, Shamsudin Mahmood meninggal dunia, tengah hari tadi.
Berita sedih itu disahkan sendiri oleh Luqman menerusi hantaran di IG Story miliknya.
“Assalamualaikum. Innalillahiwainnalillahirajiun. Ayah saya, Shamsudin Mahmood kembali ke rahmatullah pada hari ini, Ahad 3/11/2024 pukul 13.30 petang tadi. Al-Fatihah,” tulisnya di IG Story.
Untuk rekod, Luqman kini beraksi di Liga Jepun bersama YSCC Yokohama sebagai pemain pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk.
Luqman sebelum ini muncul pemain tempatan pertama membuat kemunculan di liga utama Eropah apabila beraksi buat KV Kortrijk dalam saingan Belgium Pro League. – KOSMO! ONLINE