fbpx

Anak Jahidah kini berstatus OKU, perkembangan tidak normal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauziah Nordin hampa ketika hadir bagi mendengar keputusan kes kakaknya, Jahidah Nordin di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru.-Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Anak lelaki Jahidah Nordin@Sylvester, 46, yang cedera parah sehingga koma akibat dipukul bekas suaminya, Rosmaini Abd. Raof, 41, pada 2017 lalu kini berstatus orang kurang upaya (OKU).

Adik Jahidah, Fauziah Nordin, 43, berkata demikian kepada pemberita selepas ditemukan di pekarangan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut, Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.

“30 November ini anak itu genap berusia 3 tahun, tetapi masih belum boleh berjalan lagi. Mungkin disebabkan kesan mengandung ketika dalam keadaan koma jadi perkembangan dia agak lambat.

“Berat dia sekarang pun baharu 9.5 kilogram (kg), kecil sangat. Doktor yang periksa maklumkan keadaannya seperti kanak-kanak berusia setahun sedangkan dia sudah 3 tahun.

“Selain berada dalam pemantauan doktor, kanak-kanak itu juga perlu menjalani rawatan fisio di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan telah diberikan kad OKU kerana perkembangan yang tidak normal,” ujarnya.

Sementara itu, Fauziah memaklumkan keadaan kakaknya masih sama dan hanya mampu menggerakkan beberapa bahagian badan seperti tangan dan kakinya.

“Keadaannya statik, jika dia boleh dengar suara mungkin dia akan bergerak-gerak sedikit tetapi kita tidak faham apa yang dia cuba sampaikan,” ujarnya.

Pada masa sama, Fauziah turut menyuarakan kekecewaan pihak keluarga dengan prosiding mahkamah hari ini yang terpaksa menjatuhkan keputusan akhir pembelaan pada 9 Disember depan.

“Kami kecewa kerana dia (Rosmaini) tidak hadir ke mahkamah hari ini. Difahamkan dia tidak sihat dan terpaksa dimasukkan dalam wad. Kami sekeluarga harap mahkamah buat keputusan hari ini kerana sudah menunggu bertahun-tahun lamanya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI