fbpx

5 penyokong NSFC kena cekup buat kecoh selepas Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kejadian kekecohan antara penyokong NSFC dan JDT FC di hadapan sebuah hotel berdekatan dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

SEREMBAN – Polis menahan lima individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) susulan berlaku kekecohan selepas perlawanan Liga Super, di Paroi, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Mohd. Rosli Ishak berkata, pihak polis telah berjaya mententeramkan keadaan dan menahan tiga lelaki berusia 17 hingga 21 tahun semasa kejadian.

Menurutnya, polis berjaya menangkap dua lagi lelaki, semalam, juga dipercayai penyokong NSFC berusia 18 dan 20 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut.

“Pihak polis kini telah mengenal pasti beberapa individu lain yang disyaki terlibat dan masih bebas,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, tersebar satu video berdurasi 1.02 saat dimuat naik pemilik halaman x update1111 yang memaparkan kekecohan berlaku di antara penyokong NSFC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di hadapan sebuah hotel berdekatan dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI