fbpx

Suami orang buruk siku, minta aktres pulangkan Mercedes-Benz, wang lebih RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Chun-Chun Hsu. - Foto Instagram/Chun-Chun Hsu

TAIPEI – Aktres Taiwan, Chun-Chun Hsu disaman oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin kerana dituduh melakukan penipuan emosi, lapor portal berita VNExpress semalam.

Dia menuntut Chun-Chun memulangan kereta Mercedes berharga T$2.66 juta (RM364,983) dan wang tunai T$31.28 juta (RM4.2 juta) yang dibelanjakan aktres berkenaan sepanjang hubungan mereka.

Lelaki yang sudah berkahwin itu menyifatkan dirinya sebagai bekas kekasih Chun-Chun.

Dia mendakwa bahawa sejurus selepas mereka menjalinkan  hubungan, Chun-Chun kerap mengadu keretanya bermasalah dan mahu memiliki sebuah Mercedes-Benz baharu. Kereta tersebut akan memudahkan pertemuan mereka di  Taipei.

Lelaki itu akhirnya membeli kereta mewah itu untuk teman wanitanya secara tunai. 

Bagaimanapun, Chun-Chun katanya, kemudian semakin menjauhkan diri,  menyebabkan dia  meminta kenderaan itu dipulangkan, lapor akhbar Mirror.

Chun-Chun bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dengan lelaki yang sudah beristeri itu  atau mengeksploitasi kewangan  mana-mana individu. 

Dia juga telah mengupah seorang peguam dan memaklumkan kepada polis berhubung dakwaan itu. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI