PETALING JAYA – Jijik, hilang selera makan. Itu yang dialami seorang wanita apabila shawarma yang dibelinya turut mempunyai ‘perencah tambahan’ iaitu gumpalan dipercayai bulu.
Pembeli tersebut memuat naik gambar shawarma dibelinya di TikTok, namun dia tidak memaklumkan lokasi atau penjual makanan tersebut.
Berdasarkan perkongsiannya, dipercayai peniaga shawarma tersebut adalah sekitar Kuala Terengganu.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna selain ada yang berseloroh gumpulan dipercayai bulu itu adalah saffron, sejenis rempah dihasilkan daripada stigma bunga Crocus sativus.
“Saffron premium ke tu awak,” komen seorang pengguna TikTok.
“Jarang saffron warna hitam,” seloroh pengguna yang lain.
“Teringat pernah pergi ‘food fest’, ada mat Arab jual kebab. Dia mmg pakai sarung tangan, tapi lengan dia berpeluh-peluh. Dia bukak sarung tangan, tak cuci tangan dan pegang roti kebab tu. Terus kembang tekak,” kata individu lain. – KOSMO! ONLINE