fbpx

Perbelanjaan kerajaan bertambah jika subsidi bocor tidak ditangani – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) hadir pada Majlis Sambutan Jubli Intan 75 tahun Jabatan Perangkaan Malaysia di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kebimbangan sekiranya isu ‘subsidi bocor’ tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan kepada pertambahan perbelanjaan kerajaan sekali gus munyukarkan pemberian subsidi kepada golongan sasar.

Menurut beliau, dalam kajian di beberapa persidangan serta pakar ekonomi antarabangsa, mereka menyatakan Malaysia diakui sebagai negara yang mempunyai hasil kutipan cukai paling rendah, tetapi pemberian subsidi antara tertinggi di Asia.

“Betul baik beritanya, subsidi kita tertinggi tetapi tanpa dibantu dengan angka dan data yang baik, kita dapati banyak juga subsidi bocor dan ketirisan mesti ditangani.

“Kalau tidak (ditangani) kita akan terus menambah perbelanjaan, tetapi ia (subsidi) tidak sampai kepada kumpulan sasar, jadi ini peranan yang sangat kritikal dan strategik yang harus dimainkan seterusnya oleh jabatan (Jabatan Perangkaan Malaysia),” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Intan 75 tahun Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena di sini hari ini.

Anwar memberitahu, jumlah bantuan pertanian, bantuan subsidi serta peruntukan buat rakyat miskin di negara ini adalah dalam jumlah yang besar.

“Saya tentunya menunggu supaya perubahan-perubahan yang berlaku termasuk langkah-langkah yang baharu diperkenalkan untuk kita turun ke peringkat negeri dan daerah. Aangka-angka seperti yang diusahakan oleh Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) akan membantu kita supaya tidak ada ketirisan, pertindihan dalam penyaluran kepada rakyat kita,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut menunggu rumusan Banci Pertanian 2024 yang akan dikeluarkan oleh DOSM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI