fbpx

Penyanyi ‘sohor’ Kelantan, 5 individu dicekup kes dadah di Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tangkapan seorang artis terkenal bersama lima individu di Sungai Golok.

KOTA BHARU – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita tersohor dari Kelantan ditahan di Golok, Thailand semalam.

Menurutnya, penahanan kesemua suspek itu bagi membantu siasatan pihak polis Thailand berhubung kes dadah.

“Disahkan enam rakyat malaysia termasuk seorang artis tempatan Kelantan ditahan di Golok, Thailand.

“Maklumat itu diperoleh daripada rakan sejawat di Thailand,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.

Difahamkan, kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun tersebut ditahan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat hiburan di bahagian bawah hotel tersebut.

Sumber berkata, ketika serbuan pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) tersebut mereka sedang berehat di dalam bilik.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut pihak polis Thailand menemukan kira-kira 6,000 biji pil dipercayai pil kuda.

“Pihak berkuasa Thailand kemudian telah menahan dan membawa kesemua rakyat Malaysia tersebut ke Balai Polis Sungai Golok,” kata sumber tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI