BANGKOK – Seorang pengawal keselamatan pengsan secara tiba-tiba ketika menunggang motosikal miliknya di Pattaya, Thailand, lapor portal berita Pattaya Mail.
Kejadian berlaku pada 27 Oktober lalu apabila pasukan penyelamat menerima laporan tentang seorang individu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan.
Seorang penduduk tempatan, Sarun Intrasri, 29, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dia menyedari pengawal keselamatan dikenali sebagai Worapol itu rebah ketika menunggang motosikalnya.
Menyedari keadaan itu, dia meminta bantuan daripada penduduk berhampiran dan segera memaklumkan kejadian kepada pasukan penyelamat.
Rakan sekerja Worapol kemudian berkata, pengawal keselamatan itu bekerja keras di lokasi tempatnya bertugas.
Berikutan etika kerjanya yang rajin, dia tidak mempunyai masa rehat mencukupi yang mungkin menyumbang kepada episod pengsannya. – AGENSI