fbpx

MotoGP: Bagnaia sambar petak utama GP Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA akan memulakan GP Malaysia di petak utama esok selepas mengungguli pusingan kelayakan hari ini. - AMIR KHALID

SEPANG – Penyandang juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Francesco Bagnaia berjaya memecahkan rekod sepusingan terpantas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali gus menempah petak utama perlumbaan sebenar Grand Prix (GP) Malaysia esok.

Bagnaia kini dalam misi merapatkan kedudukan selepas ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu, Jorge Martin dan membuktikan dia adalah pelumba terbaik di Sepang selepas memperbaharui rekod miliknya tahun lalu dengan catatan masa satu minit 56.337 saat (s).

Pada tahun lalu, Bagnaia turut memecah rekod pada sesi kelayakan di Sepang dengan catatan masa 1:57.491s.

“Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi kami kerana masa pusingan Jorge (Martin) juga mengagumkan. Menurunkan masa pusingan ini sangat penting juga untuk aspek mental.

“Saya tahu betapa sukarnya apabila anda melakukan yang terbaik tetapi pesaing anda masih lebih pantas, jadi ia sangat penting,” kata Bagnaia.

Pesaing utamanya, Martin akan bermula di petak kedua selepas hanya dipisahkan 0.216s di belakang Bagnaia pada sesi kelayakan tersebut, manakala Alex Marquez dari Gresini Racing melengkapkan barisan hadapan di tempat ketiga dengan catatan masa 01:57.275s.

Walaupun terpaksa berpuas hati di petak kedua, namun Martin mengakui Bagnaia sangat hebat biarpun merasakan dia telah beraksi dengan cukup baik untuk menempah petak utama.

“Saya fikir masa 1:56.553s sudah mencukupi tetapi Bagnaia sangat hebat hari ini. Saya mencuba yang terbaik dan barisan hadapan adalah sasaran. Perlumbaan nanti pasti sukar tetapi kami berdua mempunyai kelajuan yang baik, jadi penting untuk memahami di mana kami perlu lebih kuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI