fbpx

Liga Super: Tok Gajah tempang tanpa Kpah Sherman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kpah Sherman digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning musim ini. - Foto ihsan Sri Pahang

KUANTAN – Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad resah kerana tidak dapat menyenaraikan Kpah Sherman bagi mengetuai jentera serangan pasukan pada aksi Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Temerloh hari ini.

Sebagai rekod, Sherman yang juga penyerang kelahiran Liberia itu terpaksa diketepikan kerana digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

“Sri Pahang akan bermain tanpa Sherman kerana mendapat kad kuning yang ketiga Ketika pasukan seri 1-1 berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC, 25 Oktober lalu.

“Malah, kita juga masih tidak dapat menggunakan khidmat Stefeno Brundo kerana masih di belenggu kecederaan.

“Sudah pasti ketiadaan Sherman dan Brundo akan menyebabkan berdepan Kuching City agak berat, lebih-lebih lagi pasukan berdepan masalah ketumpulan di bahagian serangan ketika ini.

“Namun, kami perlu membuat kejutan pada perlawanan itu untuk mendaki kedudukan lebih baik kerana berada di kedudukan kelapan liga dengan mengutip 15 mata,” kata Fandi kepada Kosmo! semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI