ALOR SETAR – Jaringan tunggal penyerang muda kebangsaan, Aliff Izwan Yuslan pada separuh masa kedua membantu Selangor FC menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Darul Aman, di sini sebentar tadi.
Aliff Izwan yang masuk menggantikan Faisal Halim berjaya menembusi kubu lawan pada minit ke-46 menerusi rembatan kaki kiri sebaik menerima hantaran lintang dari Ahmad Zikri Khalili di kiri padang.
Jaringan tunggal itu kekal hingga ke minit akhir perlawanan dan ketumpulan jentera serangan Selangor FC membuatkan pasukan itu terpaksa berpuas hati dengan hanya satu jaringan namun berjaya mendapatkan tiga mata.- KOSMO! ONLINE