fbpx

‘Lenjan’ kereta sewa sampai saman RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Seorang pemilik kereta sewa meluahkan rasa tidak puas hati apabila kenderaannya dikenakan empat saman trafik dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,000.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh pengguna, Hafiz Car Seller, tangkap layar perbualan menerusi WhatsApp menunjukkan bahawa penyewa kenderaan tersebut menerima empat saman ketika menyewa keretanya.

Pemilik kereta berkenaan menyatakan bahawa wanita tersebut telah dikenakan dua saman oleh pihak polis dan dua lagi menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Tangkap layar yang dimuat naik di Facebook.

“Pertama kali penyewa kereta dikenakan empat saman,” ujar pemilik itu dalam hantaran tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman serupa dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya pernah kena kes seperti ini. Saya pergi ke JPJ, alhamdulillah kita boleh pindahkan saman ke atas penyewa. Cubalah, bawa dokumen seperti SSM, borang sewa, salinan kad pengenalan, dan juga lesen,” kata seorang pengguna bernama Wan Nur Fatihah.

“Pindahkan kepada penyewa yang memandu kereta tersebut pada masa dan tarikh saman dikeluarkan dengan bukti penyewaan yang dibuat,” tambah Abdul Khalim Mustapa.

“Pindah saman sahaja. Ada ruangan khusus di belakang surat saman itu. Isi butiran penyewa dan hantar kepada alamat yang tertera,” kata Muhammad Aqil Abdul Haris. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI