fbpx

Lapan negeri alami ribut petir, hujan lebat hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, antara kawasan terlibat di Kedah adalah Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara itu, keadaan sama tertumpu seluruh negeri Pulau Pinang dan Putrajaya ketika ini.

“Di Perak, hujan lebat dijangka melanda daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Terengganu melibatkan Dungun dan Kemaman.

“Bagi negeri Pahang pula, antara kawasan terkesan adalah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” lapor MetMalaysia.

Dalam kenyataan sama, cuaca buruk diramal melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor.

“Hujan lebat serta ribut petir turut membadai dua daerah di Negeri Seremban iaitu Seremban dan Port Dickson,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI