fbpx

Lagi selebriti kita bercerai, giliran Jay Iswazir pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Iswazir bernama Azzahra mengumumkan dia dan aktor itu kini sudah bercerai.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, isteri kepada pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad mengumumkan perceraian selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan aktor berkenaan.

Tanpa berkongsi punca perpisahan, Azzahra yang juga pelakon dalam satu hantaran Instagram berkata, perkara duka tersebut dikongsi kepada umum bagi mengelakkan salah faham atau fitnah.

“Dengan rendah hati, saya ingin memberitahu bahawa hubungan bersama Ahmad Iswazir Ismail telah terlerai dan berpisah.

“Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah, saya terpaksa muat naik untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga,” katanya.

Dalam pada itu, Azzahra bagaimanapun tidak berkongsi punca perpisahan mereka selain berharap bekas suaminya tetap menjalankan tanggungjawab dalam tempoh idah.

Dia juga sempat meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Iswazir.

“Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan.

“Semoga dalam tempoh masih idah ini, harap awak mampu menunaikan tanggungjawab dan jangan ambil kesempatan terhadap saya lagi.

“Cukuplah dengan apa yang jadi selama ini, saya sudah cukup bersabar. Terima kasih atas segalanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri.

“Maaf atas kekurangan dan halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang baik-baik utk kami berdua meneruskan kehidupan masing-masing selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2022 dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN