fbpx

Kes buli UPNM: Keterangan pelaku telah diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi memaklumkan pihak polis telah merakam keterangan suspek iaitu penuntut senior yang didakwa membuli dan mendera seorang pegawai kadet UPNM pada 22 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia telah merakam keterangan suspek iaitu penuntut senior yang didakwa membuli dan mendera seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tindakan itu dijalankan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Percakapan pelajar senior terbabit telah diambil pagi ini. Bagi saksi yang merupakan rakan sebilik pelaku pula akan diambil pada petang ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mangsa ditekap seterika pada bahagian dada selepas diminta menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan, 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan berkaitan kejadian berkenaan dibuat mangsa berusia 20 tahun pada 8.23 malam tadi.

Rakaman percakapan pengadu telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan pengadu juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Sebelum ini, Angkatan Tentera (ATM) menjalankan siasatan berkait kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM Sungai Besi yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang penuntut senior. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI