fbpx

Hujan, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di hampir seluruh negara pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang nanti.

“Amaran ribut petir itu melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah, manakala di Pulau Pinang pula melibatkan Barat Daya dan Timur Laut.

“Selain itu, cuaca buruk juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Bagi negeri Pahang, amaran tersebut dikenakan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera.

“Sementara itu, di Selangor amaran ribut hanya dikeluarkan bagi daerah Hulu Selangor” katanya.

Selain itu, cuaca buruk juga diramal berlaku di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

“Hujan lebat dan ribut petir juga boleh berlaku di Segamat dan Kluang di Johor petang ini.

“Bagi negeri Sarawak, amaran tersebut dikenakan di Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Pusa dan Saratok) dan Sibu (Sibu dan Selangau),” ujarnya.

Dalam pada itu, amaran sama dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI