fbpx

Habis sudah cuti Deepavali, trafik ke KL sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini di Plaza Tol Gombak malam ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) menuju ibu negara mencatatkan penambahan kenderaan dari negeri Pantai Timur bermula petang tadi.

Menerusi laman sesawang Trafik.now menunjukkan peningkatan kenderaan paling ketara adalah di Plaza Tol Gombak menghala Kuala Lumpur.

Pertambahan kenderaan itu bermula sejak pukul 8.30 malam tadi.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) trafik di KLK trafik sesak dari Bentong ke Lentang serta dari Batu 12 menghala ke Gombak.

Difahamkan trafik kembali sesak selepas warga kota yang pulang ke kampung sempena perayaan Deepavali sebelum ini telah mula kembali ke ibu kota hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI